TUAN HAJI IR SHAARI BIN HASHIM

Pengarah Urusan  

Pengarah Urusan

Maklumat Pengarah Syarikat. Pengarah Urusan kami, Tuan Haji Ir. Shaari Hashim
merupakan seorang Jurutera Professional berpengalaman 30 tahun dalam bidang Kejuruteraan.

Seorang Graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Leeds University, United Kingdom, beliau juga merupakan Jurutera Rekabentuk Struktur dan Awam dan mempunyai kemahiran dalam selok-belok Pengurusan Pembinaan termasuk pengalaman Pengurusan Projek di London. Kerjaya professional beliau bermula di Iconrose Properties Ltd, sebuah firma hartanah di London sebaik tamat pengajian di Leeds pada 1989.

Beliau pulang ke Tanah Air pada 1991 bagi meneruskan khidmat dan kerjaya professional dengan beberapa Firma Kejuruteraan termasuk Kontraktor Bangunan dan Lebuhraya, Jabatan Kerja Raya Malaysia (Jurutera Rekabentuk) dan Firma Perunding Kejuruteraan Awam. Beliau menyertai Rekabina Jaya Sdn Bhd sebagai Pengarah Eksekutif pada tahun 2001 dan seterusnya sebagai Pengarah Urusan. 

Antara pengalaman professional dan teknikal beliau dalam projek struktur dan infrastruktur bersekala besar yang telah disiapkan adalah seperti berikut:

PROJEK BANGUNAN TINGGI, PANGSAPURI DAN KEMUDAHAN AWAM:

  • Pangsapuri Mewah ’VERDI’ (Berkembar 45-tingkat) di Cyberjaya.

  • Bangunan Ibu Pejabat Kementerian Perumahan dan Kesejahteraan Bandar danWilayah (40-tingkat) di Putrajaya.

  • Projek’VisionCity’: Kompleks Pejabat (34-38 Tingkat),KualaLumpur.

  • Bangunan Ibu Pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI),

    (33-tingkat),Jalan Duta, Kuala Lumpur.

  • Awana Hotel, Genting Highlands.

  • Bangunan Ibu Pejabat Kementerian Pendidikan & Pelancongan (20-tingkat) diPutrajaya.

PROJEK LEBUH RAYA, JALAN RAYA UTAMA DAN JAMBATAN:

  • Lebuhraya PLUS: Pakej 9A Bidor ke Sungkai.
  • Lebuhraya ELITE: Pakej 1A Subang Jaya-Shah Alam.
  • Laluan Persekutuan Seremban ke Gemas: Pakej A Rembau-Tampin.
  •  Lebuhraya Pantai Timur (Fasa-2): Dua belas (12) Pakej Jambatan. • Laluan Persekutuan Alor Gajah ke Muar (Pakej 5).
  • Laluan Cameron Highlands ke Gua Musang (Pakej Chiku ke Aring). • Tiga (3) Projek Jambatan di Putrajaya merentasi Trek ERL.

Semasa berkhidmat di Jabatan Kerja Raya Malaysia pula, beliau berpeluang terlibat dalamrekabentuk dan pengawasan projek-projek pendidikan antaranya termasuk:

  •  Maktab-Maktab Perguruan Besut, Terengganu dan Kangar, Perlis.
  • Bangunan Tambahan Institut Bahasa, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
  • Bangunan-Bangunan Tabahan di Politeknik Ungku Omar, Ipoh.
  • Komplek Pendidikan Gombak & Kompleks Guru, Langkawi.
  • Bangunan-Bangunan Baru dan Tambahan Sekolah-Sekolah Seluruh Malaysia.

Selain projek besar yang disenaraikan di atas, sepanjang tempoh 27-tahun ini, beliau turutterlibat bersama pasukan perunding dan kontraktor dalam projek-projek bangunan Kerajaan, Swasta dan Agensi Berkanun seperti berikut:

  • Universti Tuanku Abdul Rahman, Cawangan Pulau Pinang.

  • KL Sentral – Podium Deck and Approach Road and Bridge.

  • Komplek Perbadanan Putrajaya. (Infrastructure Team)

  • Hotel ’Shangri-la’ & Bangunan Kelab Tasik Putrajaya.

  • Kompleks Pentadbiran KD Malaya, TLDM Lumut.

  • Akademi Percukaian Negara, Bandar Baru Bangi. (Bangunan Tambahan)

  • UniversitiSainsIslamMalaysia,Nilai.(FakultiAlQur’an&Sunnah)

  • Hospital-hospital Tumpat, Batu Gajah dan Kuala Kerai. (Bangunan Tambahan)

  • CIQ Complex, Johor Bahru. (Pakej: Kerja Tambakan Laut & Geoteknik)

  • Bayan Bay Marina, Pulau Pinang. (Package: Yatch Berthing Facilities)

    Sebagai Pengarah Urusan yang aktif, beliau melibatkan diri secara lagsung dalam pengurusan operasi seharian. Beliau menghadiri Mesyuarat Tapak, Mesyuarat Teknikal dan Koordinasi bersama pelanggan serta menyelesaikan isu-isu teknikal. Bagi memastikan kejayaan sesuatu projek, beliau mengambil tindakan pro-aktif dari lapuran setiap pengurus projek dan kakitangan kanan syarikat. Sebagai seorang jurutera professional, beliau mengetuai pasukan ’Value-Engineering’ dan ’In-House Design’ ke arah sistem pembinaan yang lestari ke arahpenjimatan bahan binaan, masa dan produk bermutu yang dihasilkan sesuai dengan suasana persaingan semasa. Beliau juga merupakan ’Management Representative’ bagi Sistem Pengurusan Kualiti Rekabina Jaya Sdn Bhd yang mempunyai akrediatsi ISO 9001:2015.