PERIHAL KAMI
REKABINA JAYA SDN BHD adalah sebuah syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 1997. Ianya lebih sinonim dengan singkatan nama RBJ yang berpengalaman dan berkepakaran di dalam Industri Pembinaan Awam, Bangunan, Infrastruktur serta Kejuruteraan Sivil, Mekanikal dan Elektrikal. RBJ berpusat di Lembah Klang, mempunyai tenaga mahir di setiap sektor yang diceburinya dan juga disokong padu oleh tenaga- tenaga teknikal di setiap projek yang terlibat di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
RBJ juga berdaftar dengan Lembaga Pembinaan Malaysia – CIDB sebagai Kontraktor Bertauliah dengan kapasiti kelayakan Gred G7.
SKOP PERKHIDMATAN
OBJEKTIF: KUALITI
Memberi perkhidmatan terbaik yang menepati dan melangkaui permintaan pelanggan dalam semua aspek – SETIAP MASA!
REKABINA JAYA berpengalaman luas dalam sektor kejuteraan awam dan sektor pembinaan seperti pembinaan jalan, pembinaan pembangunan komersial dan bercampur, infrastruktur, pengubahsuaian baharu, pembinaan ‘Reka dan Bina’ serta kontrak-kontrak Konvensional.
Gabungan kepakaran pengurusan dan kecekapan kakitangan yang baik dan sistematik menyumbang kepada perkhidmatan yang cekap, efisien dan berkualiti dengan pendekatan yang lebih profesional dan kompetitif.

MATLAMAT
Memupuk dan mengamalkan prinsip pengurusan kerja yang betul dalam setiap aktiviti pengurusan dan operasi kami;
Mengaplikasikan penggunaan alat dan teknik baharu yang inovatif untuk terus meningkatkan kemampuan dan produktiviti kami dalam melaksanakan kerja-kerja yang diamanahkan;
Mengembangkan rangkaian kepakaran pengurusan projek kami ke peringkat global; dan
Menyediakan solusi ‘setempat’ (One-stop Solution Service Provider) untuk sektor pembinaan dan pengurusan projek.
PENDAFTARAN SYARIKAT
SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN (PPK)
SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK)
SIJIL KONTRAKTOR TARAF BUMIPUTERA (STB)
SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT (KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)
PERMIT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA (SPAN)
SIJIL SCORE CIDB 2023
SIJIL ISO 9001:2015 (SIRIM & IQNET)
TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB)
UNIT PERANCANG EKONOMI SELANGOR (UPEN)