TENTANG KAMI

PERIHAL KAMI  

REKABINA JAYA SDN BHD adalah sebuah syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 1997. Ianya lebih sinonim dengan singkatan nama RBJ yang berpengalaman dan berkepakaran di dalam Industri Pembinaan Awam, Bangunan, Infrastruktur serta Kejuruteraan Sivil, Mekanikal dan Elektrikal. RBJ berpusat di Lembah Klang, mempunyai tenaga mahir di setiap sektor yang diceburinya dan juga disokong padu oleh tenaga- tenaga teknikal di setiap projek yang terlibat di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

RBJ juga berdaftar dengan Lembaga Pembinaan Malaysia – CIDB sebagai Kontraktor Bertauliah dengan kapasiti kelayakan Gred G7.

RBJ komited untuk memberikan perkhidmatan dengan menekankan kepada aspek kualiti dan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Untuk tujuan tersebut RBJ diuruskan oleh pasukan pengurusan dan kakitangan teknikal yang berkelayakan dan berdedikasi dalam pelbagai disiplin dengan gabungan pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam industri pembinaan. RBJ juga telah menjalinkan pelbagai rangkaian perniagaan dengan rakan strategik di seluruh negara, yang membolehkan perkongsian secara kreatif dan inovatif. 

Adalah menjadi cita-cita dan iltizam RBJ untuk terus berkembang maju sebagai ‘Kontraktor Yang Berwibawa’ berbekalkan Manual Prosedur Operasi terbaik dan proses penambahbaikan yang berterusan berasaskan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001: 2015, RBJ terus optimis untuk menjadi sebuah syarikat yang mampan dan berdaya saing dan berkembang menjadi sebuah syarikat berinovasi seterusnya menyumbang ke arah pembangunan dan kelestarian ekonomi negara.

VISI

Menjadi Sebuah Syarikat Bumiputera Yang Progresif, Maju dan Dipercayai Yang Merangkumi Pertumbuhan Produk Dan Perkhidmatan Yang Terbaik Melalui:

■ Inovasi (Innovation)

■ Nilai (Value)

■ Kualiti (Quality)

■ Komitmen Kepada Semua Pelanggan Kami (Commitment To Our Customers)

MISI

Kami amat komited untuk terus membangun dan menjadi ‘Sebuah Organisasi Bumiputera Yang Premier, Berjaya Dan Berpotensi Tinggi’ dalam industri pembinaan seiring dengan pembangunan negara yang dinamik. 


MAKLAMAT

KAMI KOMITED UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI KESELURUHAN PROJEK DAN PERNIAGAAN KAMI MELALUI:

  • Memupuk dan mengamalkan prinsip pengurusan kerja yang betul dalam setiap aktiviti pengurusan dan operasi kami;

  • Mengaplikasikan penggunaan alat dan teknik baharu yang inovatif untuk terus meningkatkan kemampuan dan produktiviti kami dalam melaksanakan kerja-kerja yang diamanahkan;

  •  Mengembangkan rangkaian kepakaran pengurusan projek kami ke peringkat global; dan

  • Menyediakan solusi ‘setempat’ (One-stop Solution Service Provider) untuk sektor pembinaan dan pengurusan projek.

OBJEKTIF:  KUALITI

Memberi perkhidmatan terbaik yang menepati dan melangkaui permintaan pelanggan dalam semua aspek – SETIAP MASA! 

REKABINA JAYA berpengalaman luas dalam sektor kejuteraan awam dan sektor pembinaan seperti pembinaan jalan, pembinaan pembangunan komersial dan bercampur, infrastruktur, pengubahsuaian baharu, pembinaan ‘Reka dan Bina’ serta kontrak-kontrak Konvensional.

Gabungan kepakaran pengurusan dan kecekapan kakitangan yang baik dan sistematik menyumbang kepada perkhidmatan yang cekap, efisien dan berkualiti dengan pendekatan yang lebih profesional dan kompetitif.

kepimpinan 

TUAN HAJI IR SHAARI
BIN HASHIM 

Pengarah Urusan

ASRUL AFFENDY
BIN ARSHAD 

Pengarah Eksekutif

MUHAMAD HAFIZ
BIN MOHAMAD ISMAIL 

Pengarah Eksekutif