TAN SRI DATO’ SRI IZZUDDIN
BIN DALI
Pengerusi
Tan Sri Dato’ Sri Izzuddin bin Dali (“Tan Sri Dato’ Sri Izzuddin”) ialah Pengerusi syarikat kami. Tan Sri Dato’ Sri Izzuddin telah menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dalam Pentadbiran Awam dari Universiti Malaya pada Mac 1972. Beliau kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Sastera dalam Ekonomi dari Western Michigan University, Amerika Syarikat pada Ogos 1983.
Beliau berkhidmat dalam sektor awam selama 35 tahun di pelbagai kementerian yang bermula pada Mac 1972 sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Pentadbiran Kementerian Kewangan (“MoF”). Beliau mengendalikan perkara berkaitan kawalan dan prosedur kewangan Kerajaan. Beliau kemudiannya dipindahkan ke Bahagian Belanjawan pada tahun 1975 diikuti oleh Bahagian Kewangan dan Pinjaman pada tahun 1981 di mana beliau bertanggungjawab menyelaras pinjaman untuk Kerajaan Persekutuan daripada sumber dua hala. Pada tahun 1982, beliau melanjutkan pelajaran dan memperoleh Ijazah Sarjana di bawah program latihan Kerajaan. Setelah tamat pengajian, beliau menyertai Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa pada September 1983 sebagai Ketua Penolong Setiausaha di mana beliau bertanggungjawab memantau dan menganalisis kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan. Beliau kembali ke Bahagian Belanjawan pada tahun 1987 sebagai Penolong Pengarah Kanan dan bertanggungjawab menyediakan belanjawan untuk Kementerian Kerja Raya (“KKR”) dan Kementerian Pengangkutan.
Pada tahun 1993, beliau telah dipinjamkan oleh KKR untuk berkhidmat sebagai Pengurus Besar KLIA Berhad (kini dikenali sebagai KLIA Premier Sdn Bhd). Beliau kembali ke KKR pada Jun 1999 sebagai Pengarah Bahagian Belanjawan, yang bertanggungjawab menyediakan dan menggubal belanjawan Kerajaan Persekutuan. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Setiausaha KKR pada tahun 2003 di mana beliau bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kementerian. Beliau kembali ke Kementerian Kewangan pada tahun 2004 untuk berkhidmat sebagai Setiausaha Agung di mana beliau menyelaras keseluruhan penggubalan dasar di bawah kementerian sehingga persaraannya pada Mac 2007.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya dalam kerajaan dari tahun 1999 hingga 2007, beliau merupakan ahli lembaga pengarah beberapa syarikat dan organisasi berkaitan kerajaan, termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri, UDA Holdings Berhad, Bank Negara Malaysia, Sistem Penerbangan Malaysia Berhad dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas).
